Tuesday 5 March 2013

AKSESORI

Perhiasan
Wanita dan perhiasan, tak dapat dipisahkan. Wanita amat tertarik pada aksesori seperti cincin, gelang, rantai dan sebagainya. Dalam mengabadikan gambar mereka, jangan ketinggalan untuk merakamkan bersama aksesori yang menjadi hiasan mereka. Tentulah mereka amat menghargainya. Ini adalah pendapat dan tips sahaja.

WANITA dan aksesori tidak dapat dipisahkan. Memang kedengaran klise, tetapi itulah realitinya.



Sepatu, kasut atau apa saja gelarannya, ia antara aksesori yang tidak boleh dipisahkan daripada diri wanita.



Sama ada sekadar sandal, kasut baji atau kasut leper ala penari balet, percayalah wanita sudah cukup berpuas hati dapat memiliki kasut kegemarannya.

Sekiranya berpeluang membeli kasut bertumit tinggi yang selesa dan cantik, ia menambah lagi keyakinan si jelita ketika melangkah keluar ke pejabat mahupun menghadiri majlis.


Mahu menyerikan lagi penampilan wanita dengan aksesori kesukaan ramai ini, jenama antarabangsa Nine West tampil memperkenalkan koleksi kasut musim gugur dan sejuk 2012.


Lima trend terkini ditonjolkan menerusi koleksi Eclipse, Emotion, Garconne, Authenticity dan Fusion yang masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Melihat kepada deretan kasut yang tersusun cantik di rak, dapat disimpulkan Nine West mengetengahkan gabungan inspirasi gaya baru dan lama.

Hal itu terbukti dengan rekaan memukau beridentitikan era 20-an dan 70-an yang mencampurkan sedikit elemen terkini untuk disesuaikan dengan kehendak serta trend semasa.

Glamor retro di tahun 20-an diserlahkan dengan fabrik renda dijadikan material utama untuk membangkitkan dan menyerlahkan sisi romantik si pemakai.

Bukan itu saja, bagi menghangatkan lagi suasana, batuan kristal turut dimasukkan ke dalam rekaan sebagai bahan penghias kasut berkenaan. Sama ada di bahagian depan atau tepi kasut, perincian ini ternyata mampu membuatkan ramai wanita tampil lebih manis dan anggun.

Itu antara butiran yang dapat disaksikan jika memilih koleksi Emotion, tetapi bagaimana pula sekiranya Eclipse menjadi pilihan hati? Lebih bertenaga dan menjadikan pengaruh British sebagai rujukan, Eclipse amat bersesuaian dengan generasi muda masa kini.

Mempunyai elemen metalik yang diletakkan sama ada di bahagian badan atau tumit kasut, kilauannya tentu menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.

Mainan warna terang seperti biru elektrik, merah dan kuning yang kini antara kegemaran ramai terus dijadikan pilihan Nine West agar wanita dapat bergaya sempurna.

Nine West turut mengeluarkan pelbagai jenis kasut but paras lutut dan separa buku lali diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi.

Selain itu, kasut Oxford klasik juga boleh didapati menerusi koleksi Garconne manakala Authenticity tampil elegan dengan rekaan tali silang untuk menampakkan siluet kaki wanita.

Rekaan Fusion pula bercirikan latar belakang bahagian utara dan timur Eropah yang terkenal dengan perkembangan inovatif teknologi membabitkan penghasilan dan bentuk sesuatu rekaan kasut.

Wednesday 27 February 2013

PEMILIHAN AKSESORI

pemilihan aksesori harus bersesuaian dengan pemakain...
ramai yang pakai cantek2..hurmmm tapi pilihan aksesori yang kureng..
agak tidak sesua disitu yer kawan2..hehehe..
setiap orang punya pilihan masing2 dalam segi pemilihan aksesori..
kadang2 tu, aksesori yang murah lagi lawa kot..
buat ape nk belanja lebih untuk sesuatu yang sama kan.hehehe...

retisss sekarrang pun pkai yang biasa2 jer..
tapi tetap nmpak mahal n elegant..
apa yang penting.. COMEL..hehe. :)

Saturday 23 February 2013

Info Terkini




Aksesori sememangnya tidak pernah lekang dari wanita mahupun lelaki. Berbicara tentang aksesoris bukanlah hal yang mudah, harga mahal ataupun branded bukan jaminan bisa merubah penampilan anda menjadi cantik atau indah. Kalau salah pilih corak, warna atau design malah bisa membuat penampilan kita lebih buruk dari biasanya.


Aksesoris adalah identitas dan rasa (taste) tapi aksesoris juga keselarasan atau padu padan antara rasa dan gaya (fashion)jadi tidak sembarang aksesoris bisa dilekatkan di pakaian atau badan kita. Perpaduan tersebut harus mewujudkan pribadi pemiliknya atau pemakainya.


Trend fashion atau mode bisa dijadikan acuan untuk memodifikasi paduan aksesoris anda tetapi tetap munculkan ciri khusus yang menjadi pribadi anda, bisa dari warna atau jenis apakah ethnic atau pop. Peganglah satu kriteria unik dari aksesoris anda dan pertahankan konsisten dengan apa yang anda pakai. dengan demikian oranglain bisa mengetahui itu khas pribadi anda.