Jam tangan



Lelaki dan Jam tangan







Setelah memerah otak memikirkan tajuk untuk Dunia Lelaki kali ni, aku tetiba akhirnya teringin utk berkongsikan tentang lelaki & juga jam tangan. Jam tangan sememangnya sinonim dgn lelaki.

Sememangnya zaman skang ni, arus pemodenan teknologi dan fesyen turut berkembang mengikut peredaran zaman. Lelaki kini semakin bijak dalam memilih penggayaan yg sesuai dgn diri masing2. Jam tangan, antara pelengkap gaya seorang lelaki. Jadi x hairan la kalo lelaki kini amat memandang berat tentang pemilihan jam tangan.

PEMILIHAN JAM TANGAN
Bersesuaian dengan gaya tersendiri
Berkualiti & tahan lama
Harga berpatutan mengikut kemampuan
Up to date
Berciri kelakian
       








Jam tangan antara aksesori yg paling mudah dan senang untuk digayakan bg setiap lelaki. Berbeza dgn wanita, jam tangan bukanlah merupakan perkara yg terpenting bg melengkapkan gaya. Ini kerana wanita mempunyai pelbagai lagi aksesori lain seperti gelang, anting2, rantai dan sebagainya.



Jika dulu, mungkin ramai lelaki memilih untuk memakai jam tangan yg berwarnagold kerana ingin menunjukkan kemewahan dan elegan. Tetapi tidak kini, lelaki kini lebih memikirkan kekemasan dan kesederhanaan tetapi masih menunjukkan sifat elegan. Sekarang ni, bukan susah utk mendapatkan info2 terkini berkenaan jam tangan.




Masa itu emas. Jadi, lelaki seharusnya lebih peka dengan peredaran masa. Dahulu, jam hanyalah digunakan untuk memperingatkan kita kepada masa. Tetapi kini jam tangan telah pun menjadi sebahagian daripada pelengkap gaya bg seseorang lelaki. Apa2 pun, setiap pilihan terletak atas diri masing2. Pilih jam dgn gaya yg sesuai, agar seiring dgn perwatakan dan gaya diri kita. Jgn terlalu mengikut perasaan dgn sanggup melabur ribuan ringgit untuk sebuah jam jika kita kurang berkemampuan. Fikir2kanlah. Sekian…


1 comment: