Anting-anting



ANTING-ANTING PILIHAN ARTIS




Anting-anting merupakan satu aksesori pelengkap bagi wanita. Ia juga merupakan aksesori yang harus dimiliki oleh setiap wanita sama ada mereka berhijab atupun tidak. Tidak semestinya individu yang berhijab tidak boleh memakai anting-anting, tetapi haruslah kene pada gaya dan tempatnya.





Berikut merupakan beberapa jenis dan bentuk anting-anting pilihan selebriti Malaysia:
Wan Shamila













Anting -anting yang digayakan oleh Wan Shamila ini kelihatan sangat elegan. Anting-anting yang bertahtakan mutiara dan batu permata ini sangat sesuai digayakan untuk ke acara-acara penting seperti majlis makan malam, majlis perkahwinan, dan sebagainya.
Alyah













Anting-anting pilihan Aliyah ini kelihatan amat klasik dan unik. Bentuknya seakan-akan ular dan ia bertahtakan warna biru berkilauan menaikkan lagi seri Aliyah. Namun begitu, bagi individu yang tidak gemarkan gaya unik ini, and boleh memilih bentuk yang lain, mungkin seperti rama-rama dan sebagainya.
Faezah Elai













Faezah Elai telah memilih gaya anting -anting panjang yang berona putih silver. Kilauan anting-anting ini boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Walaupun rekaan anting-anting ini simple, tetapi kilauannya membuatkan Faezah Elai tampil dengan sungguh anggun.
Lisa Surihani













Anting-anting pilihan Lisa Surihani ini kelihatan biasa sahaja kerana bentuknya sudah biasa digayakan oleh sesiapa sahaja. Cuma apa yang membuatkan ia berlainan daripada anting-anting lain adalah dari segi corak kerawang bunga ditengah-tengahnya. Anting-anting bersaiz besar ini sangat sesuai digayakan ketika bersantai dihujung minggu serta ketika temu janji dengan insan yang istimewa.

1 comment: